Jumat, 31 Januari 2014
IPOH – Calven Chik Foo Keong, suami yang didakwa mendera isterinya, Amanda Fong Kim Yen, 19, hari ini mendedahkan rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian, pada 23 Ogos lalu.Calven Chik, 26, berkata rakaman video selama 90 minit itu terpaksa didedahkan bagi membersihkan namanya yang tercemar selepas hanya sebahagian daripada rakaman berkenaan dimuat naik, ke dalam laman Facebook isterinya.Jelas beliau, isterinya melakukan provokasi terhadapnya dan segala tindakan yang dilakukan beliau ketika itu, adalah untuk mempertahan diri.
“Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.Calven Chik mendakwa kejadian itu berpunca daripada Amanda Fong yang tidak berpuas hati dengan penjelasannya berhubung perbualan beliau dengan seorang pelanggan butik milik mereka melalui laman sosial.“Saya dikutuk orang ramai dan diancam selepas rakaman CCTV itu tersebar,” katanya sambil menafikan dakwaan beliau memukul isterinya yang hamil dua bulan secara berterusan selama kira-kira satu jam.Mengakui masih menyayangi isterinya, Calven Chik berharap rumah tangga yang dibina sejak Januari lepas dapat diselamatkan. – BERNAMA
“Beliau (Amanda Fong) yang mula memukul saya dan saya pegang tangannya dan minta beliau bertenang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamis, 30 Januari 2014
Lagi Kes Pak Guard Di Herdik Kerabat Palsu | Nampaknya isu menjual nama sultan, kerabat, istana atau institusi diraja untuk kepentingan peribadi, perniagaan, mendapatkan kontrak dan menipu bukanlah satu perkara baru di negara ini.

Sebaliknya, ia sudah menjadi satu perkara atau fenomena yang sangat membimbangkan. Tidak terkecuali menerima tempias tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini adalah pengawal keselamatan.
Menerusi Sinar, seorang pengawal keselamatan merungkai beberapa peristiwa di mana beliau pernah diherdik, dimarahi di khalayak ramai dan dipukul.
Razak, (nama samaran) yang berusia awal 60an memberitahu kesabaran yang tinggi amat diperlukan olehnya apabila berdepan dengan individu seumpama itu,
Ibarat peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, dia turut mengakui pernah diugut oleh individu yang memintanya menjaga kereta dipandu yang diparkir di hadapan sebuah pusat membeli belah sekitar tahun 2009.
“Lelaki berusia 30an ini turun dari kereta mewahnya selepas parkir sesuka hati di hadapan pintu masuk bangunan.
“Saya yang pada ketika itu berada dalam bangunan segera keluar dan meminta beliau parkir di tempat sepatutnya, namun lelaki terbabit memarahi saya seterusnya menyindir saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Dia turut mengakui adalah kerabat diraja dari sebuah negeri. Atas kerana itu, saya hanya berdiam diri meskipun kesahihan asal usul lelaki terbabit tidak dapat dipastikan,” katanya.
Ketika ditanya pernah mengalami situasi sama dihadapi pengawal keselamatan di Subang Skypark, Azman Md Nayan, 49, dalam kejadian pertengkaran bersama isteri pemain bola sepak terkenal negara, Razak tersenyum sinis.
Dia turut mengakui pernah digertak oleh seorang lelaki berusia 40an ketika cuba meminta agar kereta diparkir tidak menghalang laluan ketika bertugas di sebuah pusat hiburan.
Katanya, bukan sahaja kata maki dan cemuhan pernah diterimanya, malah individu terbabit yang mengakui kerabat diraja mencampakkan wang kepadanya sambil menyindirnya sebagai ‘orang miskin’.
“Saya bekerja cari rezeki, tetapi bukan untuk dihina. Apa salahnya jika dia bercakap elok-elok atau parkir di tempat sebetulnya.
“Jika saya bertindak keterlaluan untuk membalas tindakan lelaki terbabit, saya bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan sekali gus menyekat periuk nasi saya,” katanya.
Meskipun sudah melalui pelbagai perkara seumpama itu, Razak tetap bersyukur kerana sehingga hari ini dia masih lagi boleh memakai seragam pengawal keselamatan.
Menurut Razak lagi, dia reda dengan tinjauan titik peluhnya malah menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dalam kehidupannya.
sumber

Ramai yang gemar makan porpcorn atau lebih dikenali sebagai bertih jagung di kalangan orang Melayu.
Snek ini paling popular dan sangat digemari terutama sewaktu menonton wayang di pawagam. Namun tak ramai yang tahu popcorn mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.
Popcorn dikategorikan sebagai bijiran sempurna atau whole grain yang berkhasiat tinggi seperti oat, barli dan beras perang.
Popcorn mengandungi tiga bahagian bijirin iaitu germa, bran dan endospermaGerma – Bahagian yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi protein dan lemak yang menyihatkan.
Bran – Lapisan kulit yang melindungi isirong atau kernel yang berfungsi seperti kulit kacang. yang kaya dengan nutrien, vitamin B, antioksidan dan serat.
Endosperma – Bahagian dalam isirong yang lembut yang mengandungi kanji dan protein dan sedikit vitamin dan mineral.
Bijian sempurna seperti popcorn dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol, kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.
Seorang ahli kimia Amerika Dr Joe Vinson mendapati popcorn mengandungi paras polifenol yang tinggi yang merupakan antioksidan yang dipercayai dapat menyingkirkan redikal bebas dari badan. Redikal bebas merupakan kimia yang berpotensi menyebabkan kemusnahan sel dan tisu dalam tubuh.
Popcorn amat baik bagi mereka yang obesiti yang sedang cuba menurunkan berat badan. Mengambil popcorn sebagai alas perut dapat memberi rasa kenyang yang panjang.

Rabu, 29 Januari 2014





Rabu, 01 Januari 2014

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu.
Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).
Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah
mati kerana nampak seperti sedang tidur.
Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya.
Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,
selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan
pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia
yang terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja
agama.
Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
wassalam
Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.
ditulis oleh Abu Jihah
Sumber: ragamsemasa.blogspot.com
