Jumat, 31 Januari 2014


KUCHING – Seorang peniaga ikan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merompak kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos lalu.

Mohd Shariman Alwi, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Carisa, Petra Jaya, di sini pada 4.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak pelbagai barangan termasuk barangan kemas bernilai RM35,000, wang tunai RM6,500 dan beberapa gajet elektronik termasuk dua unit telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM5,000.

Mohd Shariman didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan rompak berkumpulan dan bersenjata.

Hakim Nixon Kennedy Kumbang menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 November ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!