![]() |
| Zariah menunjukkan tandan pisang belalai gajahnya yang capai panjang tiga meter. |
PELIK dan unik. Itulah gambaran pisang belalai gajah kerana bentuknya yang seakan belalai ditambah kepanjangan tandan mampu mencecah tiga meter.
Mungkin disebabkan jarang didapati, pokok pisang berkenaan yang ditanam seorang penduduk di sini, menjadi tumpuan.

Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand.
“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.
“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.

Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.
Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.


0 komentar:
Posting Komentar